Wednesday 28 December 2011

teropong! ( 25/12/2011)

yehhaaaaaaaaaa!


pagipagi siap dengan jeans aku, simple je.


pergi makan roti !
Lokasi???? kat Transfer Road, Penang.
dalam pukul 9 pagi camtu.
sesampai je memang penuh kedai tu. sebabnya...
kedai tu tepi jalan. lagipun roti canainya fuhhhhhh tak payah nak hawaq la.
sebab MEMANG SEDAP !
haha.

maiii usha maii. !
 

haaaa nihlahhh kedainya.

sebelah petangnya pulak...
jeng
jeng
jeng....


mama,abah n aku g kenduri sape ntah.
den pun tak sempat nak tanya.
al-maklumlahhh beria nak pekena nasi minyak.
bila lahhh nak melanyak nasi minyak aku kan?
HAHA.



tutup cerita kenduri kendara.
datanglahhh malam pulak.




ehem ehem..



tampak sedap kan?
HAHA.
terliuqqqq beb.
alhamdullilah pizza nih aku belanja family aku pakai duet aku.
wohoooooo.


pengakhiran teropong aku hari nih.
roti canai, kenduri, pizza hut.



sekian. :)


credit goes to : my parents.


muaahhhhhhhhhxxxxxx!!

















Tuesday 20 December 2011

cemburu? yes aku suka.

kenapa aku cakap aku suka cemburu?
kenapa?


persoalan yang payah nak diduga.

dengan cemburu, aku rasa akulah wanita yang disayangi oleh si dia.
yes si dia.

si dia? siapa pulak?
Muhammad Firdaus Bin Mazlan. <3
jejaka yang merajai hati dan perasaan aku.
haha. geligeli je berjiwang.
aku mengaku aku terlampau sayangkan dia.
dengan harapan jikalau aku berjujur, aku akan dipercayai dan dia tak rasa sakit hati.

memang aku mengaku "seseorang" menyatakan bahawa dia sukakan aku.
namun jauh di sudut hati aku, aku hanya sayangkan Mr.F aku sorang sahaja.
malas nak cerita panjang sebab hati dan perasaan aku tak akan siapa pun yang dapat mengerti.

jadi pendam sorangsorang lahhhh kan.
lupakan pasal "seseorang" tu sebab aku rasa dia takkan dapat faham aku sebaik Mr.F aku sekarang.
dan dia jugak tak mungkin sayang aku sebagaimana Mr.F sayang aku dan jaga aku dengan sebaik mungkin.

semua tak mungkin dan tak dapat.
namun kuasa Allah S.W.T membatasi segalanya.
aku dan Mr.F hanya merancang, selebihnya DIA yang tentukan.


aku hanya mengharapkan yang terbaik dalam percintaanku, hidupku.
aku hanya sayangkan Muhammad Firdaus Bin Mazlan.
bilaaa laa nak bawak lelaki nih g Penang eh? haiiyaaa.

credit goes to :

orang yang rajin membaca blog aku, Mr.F kesayanganku.
tak lupa jugak family aku yang aku sayang sangatsangat


R I N D U M E R E K A !


my greatest mom and me !


my wonderful dad and me !




my crazy brother and me !


Insan bernama :










 

Friday 16 December 2011

tersangatsangatlah kusut !


kusutkusutkusut!
Betapa kuatnya dugaan yang aku alami sejak akhir-akhir nih.
macam macam hal yang jadi kat aku. sampaikan aku mengalirkan air mata wanita nihh.





dan macam macam jugak la benda yang tak kena dengan hidup aku.
damn!
tak pernah bertimpa timpa masalah yang aku alami macam nih.
inilah pertama kali.
kalau aku ada masalah je, abah masti ada disisi aku.
tapi sekarang? jauhhh.
Penang ------- Melaka. Memang taklahhh kan!

dengan orang yang aku sayang bermasalah dengan aku.
nak tahu?
errrmmmm.


            
nihlah gerangan orangnya!



tapi Alhamdullilah aku dh elok dengan dia. Beruntungnya aku dapat jejaka nih sebab dia betulbetul memahami aku, laen dari lelaki yang pernah bertakhta kat hati aku suatu ketika dulu.
lagipun dia tak pernah nak marah aku walaupun salah tu datang dari aku.
#akuterlampausayangkaudaus!


seterusnya, masalah yang belenggu otak aku pulak dengan assignment yang berpusu-pusu datang kat aku.
kalau senang aku tak sakit otak sangat nak selesaikan.
nihkan subjek yang payahpayah.
memang payah la.
ishhhhishhhishhhh. 

ada lagi? haruslahhh ada masalah.
gara-gara test 1 benda baru yang bakal menyemakkan lagi masalah yang bersarang kat otak aku.
kena mintak cop?
cop? memang lah senang.
tapi bila datang musim nih, memang menyakitkan kepala hotak aku.

benda yang paling aku hangin bila diorang cakap aku ada hutang lagi?
what the fuck!!
sumpah aku ase tension teramat-amat.
menyumpah macam orang gila.

itu je lahh yang aku mampu nak luahkann.
aku harap sangat benda nih settle secepat yang mungkin.
mencari kebahagiaan yang sejati yang bakal dibawa hingga ke mati.
InsyaAllah. 


Sunday 11 December 2011

berombak rindu!

berombak rindu dengan perasaan sendiri tatkala midnight memberi peluang untuk aku melayari perasaan sendiri.


serunuk rasa hati apabila keinginan disertai.

alkisahnya ikot budak rumah aku pergi overnyte ( ziera,nisa,mimiey dan aku)
mulanya hanya aku dan ziera yang memeriahkan suasana kat pantai klebang.

tepat jam 12 tgh malam, cerita OMBAK RINDU seleksi berair mata bermula.
aku,ziera,ayie,pakwan,dayah dan cemek.


syok siot cerita menikam kalbu tuh.
nangis habesss! banjir?
HAHAH. sikitlahhh.
selepas cerita tu habes, suasana jadi gamat tatkala semuanya bersatu kat subaidah.
HAHA.
gamat gilaaaaa.
enjoy habis!

lepas lepak subaidah, terus pergi klebang balik.
misi mencari gelang ziera yang hilang buat sementara waktu.
akhirnya tuan punya gelang yang jumpa sendiri.
Alhamdullilah. :)
seterusnya overnyte dengan buat kerja gila kat pantai.
maen tengtenglahh, cari lendir birubiru tuh lahh. haha
kerja gila namanya.
sampai lahh ke pagi.

pekena nasi lemak pukul 8 pagi. then pulang ke kolej.
penuhhh dengan keseronokkan.


credit goes to <3<3<3
-- Cik Mimiey Rae, Cik Sha Rae, Cik Ziera Rae, Cik Nj Rae, Raz Ayie, Rezuan Melaka, Mad Faris Hizan, Setsuna Kobayashi II, Dunz Key Mark, Dayah Kasmin, Merul Hafiz, Kechik Key Elss. dan tak lupa jugak Xy Napster.

sempoi! :)


Friday 9 December 2011

sengsara dengan cakap kau!

what?
aku betina tak guna?
aku PLAYGURL?
sumpah BENCI sangatsangat bahasa dari seorang lelaki kepada si wanita.
aku malas nak cerita panjang. sebab aku tahu aku bukan sempurna nak cakap aku nih hebad sangat tapi aku masih ada harga diri yang aku jaga dari dulu lagi.
dalam erti kata laen, aku masih lagi suci !

yes aku memang jahat dulu.
aku pun mengaku.
tapi kalau tak tahu sejarah idop aku, jangan nak bahaskan.
lagipun aku jenis malas nak carik gado dh.

diamkan jelahh walaupun macammacam "kau" cakap aku.
telan jelah semua tu walapun pedih untuk aku terima menda alah tuh sume.
hargai orang sekeliling kau dengan seadanya.
perihal dia kau tak perlu campur sebab kau pun tak tahu perihal kau elok ke tak
!




#hang jangan ingat orang kawan dengan hang itu semua SUKAkan hang,
sebab kita takkan tahu isi hati orang yang berkawan dengan kita tuh.




InsyaAllah kalau terbukak hati aku nak berbaek dengan kau balik, sisa ape yang kau hambur kat aku tu sampai mati aku ingat lahh labu.

^__^ sekian. <3

Tuesday 25 October 2011

tak sanggup ditipu dan ditipu lagi!

aku tak sanggup ditipu dan ditipu lagi!


sebab itulahhh ramai perempuan dan lelaki kecewa bila bercinta.
punca utama DITIPU!


damn.
siapa yang tak sakit hati bila ditipu kan?




perghhhh menyirapp je macam boleh buat air sirap.
lalalala.


aku lagi suka berterus terang dari aku berdiam diri, samalahh jugak aku nak pasangan aku buat macam tu dengan aku.


cemburu? cemburu itu satu lumrah dan anugerah.
biasalahhh perasaan tu.


cemburu ada banyak jenis.
bila orang lebih sikit dari kita, mulalah timbul rasa cemburu.
bila si lelaki bikin hal, si wanita maen cemburu dan begitulahh sebaliknya.
aku cuma taknak fikir yang bukanbukan.
sebab mama cakap, "mira kena percaya pada pasangan, jangan sesekali check samaada messages fb, handphone, apeape jelahh yang berkaitan yang boleh timbul prasangka dan ketidakpersefahaman".


itu yang aku pegang buat masa sekarang. tapi kadangkadang timbul jugak rasa syakwasangka.


takottakot dikecewakan lagi.
huh. tak sanggup kena tipu. tipu dan tipu.

wanita mana sanggup ditipu?
kalau ada pun,kentallahh orang tu.
boleh dapat award wanita kental.
jengjengjeng.


heee. :)


aku harap aku dapat kecapi bahagia yang aku cari dan yang aku dah pilih.


dan satu benda yang paling penting sekali adalah bila kita dah bercinta dengan seseorang.

buang semua kenangan yang ada dengan kekasih lama,
sebagai contoh,
buang mesej mesej anda dengan kekasih anda dulu,(walaupun bermakna bagi anda, tapi reasionallahh takkan nak simpan lagi kot? dah ada pasangan baru pun nak simpan kenangan yang lama lagi?
come on babe. buang je. menyemakkan inbox!)


yang kedua, buang semua gambargambar yang anda berposing dengan kekasih lama,sebab ini lagilahh menaekkan imarah dan hangin si pasangan, (kalau bermakna simpan jelahh tapi jangan la pasangan anda terbaca mesej tuh... comfirm bernanahhhh.)

pretty babe. dah siap ape yang aku nak sampaikann.

sebenarnya situasi aku sekarang tengah sakit hati ++ bernanah  sebab terbaca mesej lama dia!
haha.


ouhhh.. terima kasih buat aku sakit hati hari nih.
:)

http://youtu.be/7DJmhdSSbpo

Saturday 22 October 2011

60 tips mencari pasangan.

pstttttt .
nihhh saja saja takde kerja mencari sumber yang boleh sedikit sebanyak beri idea untuk mencari pasangan.

heee. :)

yang penting sekali bila mencari pasangan, khususnya buat sang wanita.. hindarkan dari lelaki yang gatal miang nak mampos. kelak membunuhh diri anda. HAHA.

dan nihh buat tatapan bersama.

1. Semua orang ada jodoh atau pasangan yang menanti dan biasanya ia berada tidak jauh dari anda. Jarang orang bertemu dengan jodoh yang berada jauh darinya.

2. Jodoh itu ketentuan Allah dan kita wajib berusaha. Doa, usaha yang betul dan bersungguh-sungguh disertai dengan tawakkal, insyallah akan menemukan anda dengan pasangan anda.

3. Ramai orang masih belum bertemu jodoh kerana mudah patah semangat. Teruskan usaha sehingga anda bertemu jodoh.

4. Seimbangkan hidup anda dengan sempurna agar diri anda jadi seperti “magnet” yang menarik bakal pasangan anda kepada anda.

5. Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.

6. Agar mudah orang sayang, cuci hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.

7. Sayangi semua orang di sekitar anda dan anda akan menarik sayang terhadap anda. Jika anda membenci orang, ditakuti bakal pasangan anda akan membenci anda.

8. Orang yang sedang mencari pasangan harus sentiasa bersedia untuk bertemu dengan pasangannya pada bila-bila masa. Justeru, kita perlu sentiasa dalam keadaan yang paling menarik setiap masa. Tanggapan pertama adalah yang terpenting.

9. Untuk lelaki, tarikan pertama ialah pakaiannya. Untuk perempuan, wajah dan bentuk badan menjadi tarikan pertama. Sediakan diri untuk menawan bakal pasangan anda.

10. Buka hati dan minda anda untuk menerima cinta. Cinta boleh berputik pada bila-bila masa. Cinta mudah datang kepada mereka yang sentiasa bersedia untuk menerima cinta.

11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang.

12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.

13. Ramai yang terlepas peluang dan patah hati sebab lewat menyatakan hasrat kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan).

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan.

15. Berkomunikasi dengan mesra dan bersemangat menggunakan lidah, mata, hati dan bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan.

16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat dan perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.

17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa.

18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.

19. Berdoa dan latih diri agar kita pandai mendampingi orang lain dan seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.

20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

21. Untuk wanita, jangan jual mahal terhadap bakal pasangan. Tetapi, nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda amat sukar untuk berkenalan dengan lelaki lain.

22. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada perempuan yang simple, tidak materialistik, mudah berterima kasih dan redha dengan setiap pemberian lelaki tersebut.

23. Orang perempuan mudah tertarik kepada lelaki yang memberi perhatian, penghargaan dan penghormatan kepada mereka. Justeru, orang lelaki janganlah terlalu jimat atau kedekut.

24. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah orang perempuan. perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan, kesukaan dan kebenciannya.

25. Elakkan memberi tumpuan kepada kelemahan dan kesilapan kecil yang ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali mengutuk atau memalukan bakal pasangan.

26. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan dan bahasa badan yang penuh kemesraan akan menambat lelaki terhadap wanita.

27. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang ada persamaan dan ada perbezaan sifat, tindakan dan minat. Terlalu banyak persamaan membosankan. Banyak sangat perbezaan menyesakkan.

28. Orang mudah tertarik kepada bakal pasangan yang ada sikap dan sifat yang saling mengimbangi dan melengkapkan sikap dan sifatnya.

29. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal pasangan, nyatakan yang anda sering merasa atau berfikir seperti yang dia rasa atau fikir. Keserasian adalah tarikan.

30. Perempuan membentuk hubungan dengan berbual dan bercakap. Lelaki bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu kegiatan secara bersama.

31. Orang mudah tertawan kepada bakal pasangan yang mempunyai persamaan daripada berbagai segi seperti kefahaman politik, aktiviti keagamaan, sikap terhadap harta, wang dan hobi.

32. Dua orang yang amat banyak perbezaan boleh serasi antara satu sama lain jika mempunyai satu atau dua persamaan yang mendalam seperti suka kepada kucing, suka melancong atau suka ramai anak.

33. Tindakan yang serentak akan menarik bakal pasangan terhadap anda. Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat gelas, serentak berdiri, serentak nak ke tandas.

34. Tawan hati bakal pasangan dengan pamerkan emosi yang sama terhadap sesuatu kejadian atau peristiwa – sama-sama gembira, sedih, terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

35. Dua insan mudah serasi jika mempunyai pentafsiran yang sama mengenai hubungan – tahap keakraban, kebebasan, kebergantungan, pemberian, pengorbanan dan sebagainya.

36. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda. Bentuk ciri-ciri ini dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang anda mempunyai ciri-ciri tersebut.

37. Semua orang mencari cinta sejati tanpa syarat. Bakal pasangan anda akan tertarik kepada anda jika anda mengasihinya bukan kerana wajah, harta, keturunan atau glamornya.

38. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda jika anda dapat bantu mengukuhkan imej dirinya, rangsang semangatnya dan pupuk keyakinan dirinya.

39. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau memotivasi bakal pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan terus menjauhkan diri daripada kita.

40. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak sebagai magnet yang menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian daripada kawan baru lebih bermakna dan berkesan berbanding pujian daripada kawan lama.

41. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan yang digemari bakal pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa istimewa dan dihargai dan akan tertawan kepada anda.

42. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan anda yang orang lain tidak nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan bersemangat dan dia akan mudah tertawan kepada anda.

43. Untuk bakal pasangan yang popular dan sering dipuji , cari pujian yang original untuk menambat hatinya. Untuk orang yang tidak popular, sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

44. Beri penghargaan serta merta kepada setiap pencapaian atau kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan melembutkan hatinya terhadap anda.

45. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan keseronokan anda dengan senyuman dan ucapan terima kasih dan bersyukur. Dia akan rasa dihargai.

46. Cari keunikan, kelucuan atau ‘kegilaan’ bakal pasangan anda. Nyatakan yang anda suka kepadanya sebab keunikan tersebut. Ini buat dia rasa istimewa.

47. Ramai pasangan sengsara bila isteri terlalu cantik atau suami terlalu handsome. Justeru, cari bakal pasangan yang setara dan sepadan dengan kita.

48. Orang yang merasa dirinya hodoh sukar untuk mendapat pasangan. Carilah kecantikan yang ada pada anda dan bentuk keyakinan diri. Hati yang suci dan keyakinan yang tinggi menyerlahkan kecantikan anda.

49. Wanita mudah tertawan kepada lelaki yang gentleman – bersopan santun, suka membantu, menghormati wanita, berani dan yakin diri.

50. Untuk jadi lebih menawan, berterusan belajar, perbaiki perangai dan peribadi, baiki kemahiran komunikasi, murnikan hati, pemaaf dan sentiasa bersangka baik.

51. Lelaki harus mempamerkan sifat kelelakiannya di samping memasukkan sifat perempuan dalam dirinya seperti lebih prihatin, memahami emosi , timbang rasa, dan gunakan gerak batin.

52. Perempuan harus mempamerkan sifat kewanitaan disamping menghayati sifat lelaki seperti minat dalam politik, sukan, memancing, dan aktiviti macho yang lain. Bertindak bijak tapi, jangan terlalu bijak.

53. Untuk menambat hati wanita, kerap bertanya tentang perasaannya, aktiviti yang dijalankannya, kegemarannya, kebenciannya atau sebarang perkara yang berkaitan dengan emosi.

54. Sebelum benar-benar rapat, orang perempuan harus elakkan diri dari bertanya bakal pasangan mengenai perasaannya mengenai sesuatu perkara, peristiwa atau situasi.

55. Orang lelaki amat pantang bila bakal pasangan menempelak atau menunjukkan kesilapan atau kebodohan lelaki tersebut. Ini cara terbaik memutuskan hubungan.

56. Orang perempuan mudah tertawan kepada lelaki yang boleh mengaku salah, meminta maaf, meminta bantuan, bertolak ansur, pandai mendengar, bersabar dan lemah lembut terhadap wanita.

57. Bila bercakap dengan lelaki, orang perempuan harus fokus kepada fakta dan sampaikan secara ringkas. Penjelasan yang berjela-jela dan memasukkan unsur perasaan akan membunuh minat lelaki terhadapnya.

58. Jika orang perempuan marah, pujuklah dengan kasih sayang. Tanya Kenapa dia marah, dengari dengan teliti dan jangan komen atau cuba beri nasihat. Orang perempuan mudah sayang pada lelaki yang pandai mendengar dan sensitif kepada perasaannya.

59. Jika lelaki marah, jangan sibuk nak tanya Kenapa dia marah. Pamerkan kasih sayang dan bentuk suasana yang tenang. Doakan dia dan beri masa untuk dia merawat dirinya sendiri.

60. Fahami bahawa orang lelaki bercakap secara terus terang, ringkas dan objektif. Orang perempuan sering bercakap secara berlapik, terperinci dan banyak yang tersirat.


fuhhhh banyakkan?
semak otak nak membaca. HAHA.
  ^_^

Wednesday 19 October 2011

melantak macam urang gilakkk..

serunukk tak terhingga tatkala dapat melantak makanan yang aku suka sangatsangat.
heee.


macam urang gilakk la padahnya.


sebenarnya makanan yang aku maksudkan adaaaalahhhh..


jeng.

jeng.




jeng.



nihhh lahhh yang membuatkan aku jadi ketagihh macam urang gilak.
haha.

lagipunn aku jarang dapat makan kacang nih sebab nasihat doktor.
:))


makanan yang kedua ........


ishhhhh ishhh ishhhhh.

tak sah kalau balik Penang tak menghadapppppp makanan nih.


sesungguh sungguhnyaaa nihlahh yang sesedap rasa!



ahhhhh amekaw!

terliuqqq kann?

haha. terkeluaq loghat Penang dh.

sekian!




Tuesday 18 October 2011

bersuka ria akhirnya jadi gila!

arhhhhhhhhhhhhhhhhh.
tensen kalau harihari macam nih babe.


asyik bangun tdo makan .
ape nak jadi?


aku pun semakin dan semakinlahhh gumuk.. ishhh ishhh isshhh


niat di hati balik tanah air nih nak bersuka ria macam orang sakit jiwa tapi terbantutlahhhh impian dan niat dihati kerana tidak dapat berbuat apa lagi.
duet?


jangan cakapplahhhh.
tak masyukk pun.
hampeh. :(

malehhhh nak cakap banyakbanyak dahh.
semakk alammm ja. HAHA.



nihhhhh lahhh kerja akuu.
macamm kucing nih.
HAHA

Monday 26 September 2011

pstttttttt korang perlu tahu nih.

heeee.
attention!attention!

saje je nak heboh yang sha g melantak mcd dengan urangurang tersayang saya,
> Mr.F, my hero comel

> Mr.H a.k.a (amy) budak gila! haha.
> Comel a.k.a merul
> Cik aien cayunk a.k.a minah

happy sangatsangat time tuh.

mulamula tuh pergi pantai puteri. syokkkkkkkkkkkkkk wok!
HAHA.
beria lahh katakan g sana.

kemudian, perot dah bergedik gedik macam kena rasuk hantu.
pergilahh bertapa kat Mcd Ayer Keroh.

bercengkerama lahhh kami kat sana selepas sejam terkandas kandas dalam jem.
payah betul jalan kat melaka nih.
asal nak pergi bandar melaka je musti jem jem jem.
haiyaaaa..

tapi tak mengapa.
perut pun serunuklahh selepas itu sebab dah disi macammacam da macam tangki kumbahan.
hampehh. HAHA. 
apepun syok sangatsangat dapat lepak dengan diorang nih. :)
happeningg habeslah.

ehhhh ehhhh tak syoklah kalau bercerita berjela jela je kalau takde pic. takserunuklahh.
nihhhh untuk tatapan bersama.

representing you all budakbudak sakit otak.
p/s diorang je, bukan aku. HAHA.







Friday 23 September 2011

biarkutanggungsendiri.



kesedihan yang alangkah tidak terperi jika aku sanggup berdiri di kaki abah dan mama aku sendiri.
saat aku tahu, aku sendiri tak dapat tanggung semua tu inikan pula abah n mama?

betapa kuatnya dugaan yang Kau berikan buat keluargaku Ya Allah.
tak sanggup nak tgk keadaan abah n mama.

aku sayang diorang sangatsangat.
lebih dari nyawa aku sendiri.

tiap masa aku ingat diorang. abah! mira sentiasa ingat abah walaupun mira tahu mira banyak buat salah kat abah. Mira tak kuat nak hadapi bila abah jadi camnih.
Mama! walaupun mira tak rapat sangat dengan mama tapi bukan bermakna mira tak sayang mama.
Mama la segalanya dalam idop mira.
Mira tak kuat jugak kalau tak da mama. siapa nak ajar mira masak sampai mira pandai masak nanti?

menangis sorangsorang aku sambil menaep blog nih. :(

seriously, aku nak sangat ada disamping diorang saat nih dan bantu apa yang termampu.
tapi aku jauh.
jauh dari pandangan diorang.
jauh dari pandangan diorang.

aku tak sanggup tgk diorang sedih.
huh!

sekiann.





ILYSM abh n mama!

Monday 19 September 2011

tarikh keramat mattt mattt!

duabelasseptemberduaribusebelas.
nilahh tarikh keramat buat sang pemilik blog inih, Nur Aisyah Amirah yang genap 19 tahun.

Alhamdullilah dengan limpah kurnianya aku masih bernyawa lagi saat ini bersama family yang sentiasa bermain diminda aku.
hee. :)

tapi malangnya saat tumbesaran aku pada tarikh keramat aku tu, aku bukan bersama family tersayang aku,
namun aku tetap bersyukur aku bersama sahabatsahabat setia dengan aku,
>cik mimiey rae, cik aien cayunk, cik nisa jackson, cik idayu, cik eida yaya, cik lin chan, cik ziera eira<
sambut dengan mereka nih amatamatlah bermakna dalam hidup aku.

mulamulanya tetap jam 12 tgh mlm, jeritan "hari jadi" bergema satu rumah. hoho
serunukserunuk!
dapat pulak hadiah dari budakbudak rumah. best sangat.

keesokkan harinya!
jeng
.

.
.
.
.
jeng
.

.
.
.
.
.
jeng
wish dari kawankawan kolej memang ramai.
hargai sangatsangat.. :)

tiba malamnya, MR.F ajak keluar g makan. aku pun lapaq pekena la nasi gorang kampung.
heee.

lepas tuh, ttbe je MR.F terus balik kolej, ikot janji dia nak ajak jalanjalan g masjid tanah.
aku pun dengan nada marah,ikot je la kaki dia. agak mnyedihkan jugak la.

yang memelikkan aku, ttbe je dia ajak lepak kat tangga cinta tuh. haha
dan tak semena menanya, budakbudak bilik aku datang kat tangga bwak kek!
woarhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh terharu gila aku dibuatnya time tuh.
sedih bercampur terharu pun ada sebab tak pernah ada orang yang buat kat aku macam tuh.

heee.

terima kasih jugak buat semuanya.
>my MR.F, hanna, mirul, faiza, nuar, genggeng miszelna<

nihhh lah slide slide waktu brthdy aku.



yang nihh pulakk hadiah yang aku dapat. :)




serunukkk!!
<3<3<3<3<3

CINTA BERTAUT KEMBALI

bismillahirrahmanirahim.
saat aku menulis blog nih, dengan hati yang cukup indah dengan dikelilingi oleh orangorang yang tersayang.

indahnya waktu itu pabila aku kesunyian pada zahirnya tapi sekarang nih sudah ditaburi dengan bungabunga cinta yang baru saja mekar di taman hati.
chewaahhhh. berbunga bunga ayat aku. :)

perkenalan dengan insan yang dikenali sebagai daus hk, akhirnya berakhir dengan bibit percintaan.
perkenalan biasa yang hanya berlaku di laman muka buku akhirnya berakhir ke laman handphone. haha.

ingat lagi masa aku wish dia time birthday, dalam takottakot tuh aku gagahkan diri jugak wish kat dia. masa tu dh pukul 2.15pagi(21/08/2011) aku wish dia.
ringkas tapi bermakna.
tak mengharapkan pembalasan pun sebab aku tahu dia kan ramai peminat. hee.
dan finally msg aku dibalas jugak dalam pukul 6 pagi, ringkas jugak.

dan sejak hari itu, aku mula rapat dengan insan berkereta kelisa tu.
heee.
niat berkawan saja, lamalama kenal hati pun terpautlahh.
haha.
aku single,dia pun solo.
bercinta kembali la jwbnya. <3

pada 24/08/2011 aku sah bercinta dengan Mr.F.
alhamdullilahh.
kawankawan sekeliling dia pun sokong hubungan kami.
>merul,zul,fadli,wan faiza,hanna,amy<

termasokklahh sahabatsahabat serumah aku 708,
>cik mimiey rae,cik eida yaya, cik aien cayunk, cik ziera eira, cik nisa jackson, cik lin chan dan cik idayu<

kerana merekamerekalahh aku kuatt untuk bercinta lg.

dan buat seorang jejaka yang dalam masa yang sama mengharapkan cinta aku,
maaf kerana tak dapat membalasnya sebab aku dah anggap kau tak lebih dari seorang kawan.
walaupun kau luahkan secara gentle depan aku, tapi agak gagap aku disitu sampai tak tahu nak cakap apa dah.
maaflahhh aku hanya wanita biasa yang mahu mencari kebahagian aku sendiri.
tapi terima kasih jugak buat jejaka tersebut kerana dapat memahami apa yang aku mahukan.

maaflahh MR.S~

sekarang, aku mahu kecapi kebahagian aku bersama MR.F aku skrg.
akusayangdia.akusayangdia.akusayangdia!




nih laahhh kawankawan baru yang aku rapat sekarang. <3







sayang semua!
termasok kebahagiaan yang baru menjelma~

Friday 19 August 2011

in love bebeh.


.korang mesti pernah jatuh cinta dengan lelaki/perempuan kan , so mesti korang akan buat benda yang
dekat bawah nie :


12 DUA BELAS:

Anda selalu bergayut dengan si dia sehingga larut malam dan apabila anda tidur anda masih fikir akan dia.
11 SEBELAS:

Anda sebenarnya berjalan dengan perlahan apabila anda dengannya.
10 SEPULUH:

Anda tidak merasa OK apabila si dia berjauhan.
9 SEMBILAN:

Anda tersenyum apabila anda mendengar suara si dia.
8 LAPAN:

Apabila anda melihat kepada si dia,anda tidak nampak orang lain sekitar anda. Anda melihat hanya si dia..
6 ENAM:

Si dia adalah segala-galanya anda hendak memikirkan.
5 LIMA:

Anda menyedari yang anda tersenyum setiap masa anda melihat kepada si dia.
4 EMPAT:

Anda akan melakukan sesuatu untuk berjumpa si dia.
3 TIGA:

Manakala anda semasa membaca ini, terdapat seseorang dalam fikiran anda sepanjang masa.
2 DUA:

Anda telah begitu sibuk memikirkan si dia sehingga anda tidak perasan yang no TUJUH adalah tiada.
1 SATU:

Anda akan memeriksa semula di atas jika yang adalah benar dan kini anda akan tersenyum sendiri..

hebat kn? heee