Thursday 18 April 2013

Budak Belajar

Assalamualaikum W.B.T buat semua yang sempat menyelak habuk habuk yang bertenuk disini.

Hehe. Dah sekian lama mendiamkan diri dengan final , mencanak otak dengan formula hafal menghafal dan segala macam lagi. Aduhai.

Dan alhamdullilah aku kini dah selesai masalah masalah yang bersarang itu semuaaa.
Psttttt, nak tau aku ada satu lagi masalah . Apaaa dia ?
*mehhhh dekat sini aku nak storyy.
Hal ni buat aku segan je. tapi kenyataannya aku kena hadapi

Nak segan benda dah jadi.
Ehhh apa dia weyh ? *takk sabarrr oi nak tau.

"Budak belajar".

Kenapa dengan budak belajar tu ? Siapa ?

Budak yang menyesal dengan perbuatannya sendiri melalaikan apa yang depan mata. Kenapa ? Yelahh orang dah belajar sampai semester 6 yang budak ni adaaa lagi semesternya.
Mungkin sebab budak ni memain? Wallahualam. Rasanya budak ni belajar . Mungkin tak cukup push seadanya.

Budak tu harap sangat di akhir semesternya, dia bakal gembirakan mama abah dia dengan pointer yang sedap sedap. InsyaAllah.
Persoalannya siapa budak itu?
Yaa itu aku. Memang aku.
Aku dah pun jatuh tapi aku takkan biarkan aku tergolek lagi. InsyaAllah
Alhamdullilah Ya Allah.

Dan lastttly , aku bakal merindui sahabat sahabat RAE aku .
Cik Ziera Rae Cik Mimiey Rae Cik Nj Rae Cik Lin Rae Cik Idayu Rae
and i love themmm ! <3
Sekian sajaaaa,

Assalamualaikum





Monday 18 February 2013

"Teman saya sampai mati"

Assalamualaikum W.B.T  buat yang mengenali diri ini,

Alhamdullilah dengan limpah izin Nya aku dapat juga update entry aku buat ke sekian kalinya.
Haaaa tajuk apa pulak ?

"TEMAN SAYA SAMPAI MATI" .

Heee nampak sweet kan entry aku kali ni.
Tajuk aku ni aku petik dari sebuah akhbar 




Haaaa yang bertarikh 9 Februari 2013 (Sabtu).

Kenapa aku pilih story ni untuk entry aku?
Nilahh nak ceritakan ni. 

Ceritanya berkisar di Kota Bahru yang didiami oleh sepasang suami isteri. Dan untuk pengetahuan korang, si isteri dah dua tahun terlantar menderita sakit kencing manis, darah tinggi dan lebih teruknya mengalami masalah ingatan sampai tak mampu nak uruskan diri sendiri. Allahuakbar kita sendiri pun dapat bayangkan macam mana keadaan dia walaupun tak tengok dengan mata kasar.
Tapi Allah S.W.T tu Maha Adil, DIA tetapkan si isteri dengan si suami yang sangat sabar sanggup jaga makan minum si isteri tu yang hidup dengan susu khas melalui tiub.

"Saya tidak mahu berputus asa dan mengharapkan isteri segera sembuh dan menemani saya hingga mati". Inilah kata kata si suami yang buatkan aku sebagai orang luar yang langsung tak kenal si suami, Husin Puteh,70 ni sudah pun buatkan aku rasa hiba sangat.

Bila kita imbas balik,
Mampu ke kita dapat jumpa lelaki yang sesetia si suami tu tadi?
Sanggup jaga makan pakai mandi.

Aku salute sangat si suami macam ni.
InsyaAllah doa ku semoga si isteri temannya hingga akhir hayat .
Amin 



Sekian entry aku kali ni.
Alhamdullilah dan terima kasih kerana sudi singgah sini.
:*


Thursday 7 February 2013

Semoga Bahagia

Alhamdullilah dengan limpah kurniaNya aku sempat lagi nak update blog aku ni. Dengan busy testnya lagi, assignment jangan cakaplahh macam mana.

Ohhhh lupa .
As usual .

Assalamualaikum W.B.T 


Tajuk hari ni * cewaahh kau


SEMOGA BAHAGIA :)





Kenapa cakap macam tu?
Apa maksudnya?

Sebenarnya aku teringat kisah lama yang tersangatlah aku sayang nak kenang balik.
Dan dengar cerita si dia dah jumpa "orang baru" yang bakal bahagiakan dia .
Yeke?
Wallahualam. Dengar je cerita tapi kesahihannya aku tak dapatlah nak pastikan sebab aku belum dapat apa apa info. Heeeee *nampak tak aku suka korek cerita

Terkejut juga sebab dia dah jumpa orang baru dalam hidup dia, sebab aku pun kadang kadang berangan bermimpi yang mungkin suatu hari nanti dia akan terbuka hati nak terima aku balik .
Tapi itu semua *mungkin dan MUSTAHIL.

Benar , siapa tak sayang kenangan ?
Kannn ?

Alhamdullilah jika munculnya orang baru tu boleh bahagiakan dia, aku cuma doakan agar diorang bahagia lebih dari aku pernah bahagiakan dia.
*bergenang air mata

Aku tak boleh tipu yang aku masih sayangkan dia lagi. Tapi apapun aku kena terima kenyataan yang dia bukan untuk aku lagi dan kalau Allah S.W.T dah tetapkan dia jodoh aku, alhamdullilah aku terima seadanya sebagaimana dia pernah terima segala kekurangan aku dulu. 

Perit bila kita putus cinta, lagi perit bila terpisah dengan mama abah. 

Itu yang aku harus ingat. 
InsyaAllah. 

Sekian sahaja entry aku pada hari jumaat yang mulia ni. 
Terima kasih banyak banyak. 








:* muaahhhhh sikit :)
Daaaaaa 

Tuesday 29 January 2013

Ego

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh, Alhamdullilah baru sekarang dapat cari ilham,masa lepas sibuk dengan assignment yang selalu mencemburui aku. Hekhek. Dengan common test yang menggunakan formula yang cukup banyakk.

Aduhh.

Topikkk pleaseee . 


EGO





Yess semua orang wujud perasaan sebegitu. Kenapa? Allah S.W.T dah jadikan umatNya sebegitu dan kita tak dapat lari dari perasaan ego itu sendiri.

Ego aku pulak bila aku remove orang tapi gatal lagi nak stalker pasal orang tu.
Kenapa begitu? Sebab orang tu pernah jadi orang yang aku kenal ataupun aku sayang dulu.

Disebabkan EGOlah aku remove.
Senang kita biarkan dia bahagia dengan sesiapa saja. InsyaAllah dengan harapan kita pun bahagia dengan cara itu. Hehhhhh apa kejadahnya ? Takde kena mengena langsung.

Untuk pengetahuan korang, memang ada certain orang yang aku remove

Tapi diantara certain orang itulah yang selalu aku stalker kembali, dalam erti kata lain aku "MENYEMAK" balik check orang tu . Hehhhhh gedik kan?
Biarlahh kebanyakan perempuan pun selalu juga buat serupa macam mana aku selalu buat.
Ehh apa aku meraban ni?
HAHA.

Errrr mungkin sebab aku sayang orang tu?? yekee?
Wallahualam.
Aku pun susah nak baca diri aku sendiri.

Apapun
Tahniah buat orang orang yang aku stalker itu.
Dan sekian
Telime Kasih Daun Keladi
Ada masa kita berblog lagi.
Hee. 






Tuesday 11 December 2012

Aduhh feeling

Assalamualaikum w.b.t

Aduhai !
macam mana nih?
macam mana nak share kat orang apa yang aku tengah alami sekarang yang sesungguhnya Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui apa yang aku rasa.

Secara pendahuluannya aku bagi hint .



Ini semua berkisar tentang PERASAAN .

Yelaaa dah nama pun perempuan kan jadi perasaanlah ilusinya.


Okay get ready yawwww !
Bismillahirrahmanirrahim,

Yaa sesungguhnya menjadi gadis seperti aku yang secara lahiriahnya nampak tenang, gembira, gila gila (bukan spesies sawan ke apa eehh) tapi sebenarnya banyak bertarung dengan perasaan sendiri.
Kerat jari insan mana taknak perasaan sayang rindu cinta dalam hidup dia. Tipulah kalau takada.
Aku pun.
Bayangkan. 
Aku dikelilingi dengan kawan kawan yang ratanya dah "berpakwe". Bahagiakan?
Takpe aku simpan.
Tapi kadang kadang bila dah lama simpan perasaan yang terbuku pun, lama lama pun naik fed up jugak.
Yeeee tak perlu ikut sangat perintah hati tapi bodohlah kalau aku nak menidakkan apa yang aku rasa.

Aku cuba kawal kawal dan kawal perasaan aku nih. Menangis darah pun tak guna kalau cinta yang aku cari takde rasa nak dihargai . Macam mana tu?

*dia-Si F

Aku sayangkan dia, rindukan dia, teringin nak bgtau dia yang aku rasa bersalah atas apa yang aku buat dulu, teringin nak bgtau dia yang aku nak dia balik dalam hidup aku, teringin nak bgtau dia "tolonglah buka hati untuk aku".

Bila dah terpisah akan rasa pahit nak ubat balik sakit tu. Begitulah dia. Mungkin aku dah "tak wujud" dalam kamus hidup dia dah. Mungkin?

Dan keduanya, aku mengaku aku nih peramah dan secara tiba tibanya aku buat orang jatuh cinta dengan aku. Siapa? Biarlah aku saja yang tahu.
Dan angkuhnya aku sebab aku masih sayangkan si F nih lagi. Bukan taknak terima orang baru dalam hidup, tapi aku dah cuba. Entahlah mungkin hati aku kot yang tak dapat nak terima kenyataan sebenar yang aku tak diperlukan lagi dah.

Takpe abaikan.
Dan sekarang aku tercari cari di mana aku sekarang? Siapa nak dengar luahan hati yang memang akan menyakitkan hati sendiri ni yang akhirnya buat aku menangis sampailah tertidur.
Mencari semangat untuk esok, dan itulah rutin yang amat membosankan dalam hidup aku yang berperang dengan perasaan sendiri.

Cuma satu yang aku nak korang ingat,
**Jaga hati pakwe elok elok, jaga juga hati kawan diorang sebab kawanlah paling penting dalam hidup diorang. Siapa yang buat taik dengan kawan diorang, dengan kita pun sekali dicantasnya. Wallahualam.
Okayyy sekian .








Terima kasih :)

Saturday 3 November 2012

NAFSU BAK LEMBU !

Bismillahirrahmanirrahim, 

Alhamdullilah kita masih lagi bernyawa seperti insan lain . 

Dan disini aku nak menyemakkan blog aku yang kini sunyi bak embun pagi. 
CHEWAAAAAAH KAU !

haaaaaaaaa tajuk kita, 
nak tauuuuuu?

betul nak tauuu?

errrrrrrrrr. 
okay okay. 


"NAFSU BAK LEMBU"


Al-kisahnya mengenai pengalaman sekakang kera aku tersendiri. 
Huhhhhhhhhh kisahnya masa aku mudoo mudoo dulo oi. HAHA
Yelahh tengah meningkat remajalahhhh katanya,niat nak berCINTA tu membuak-buak macam kerbau mati anak. 
 

Seorang lelaki yang sangat warak, pelajar UITM Shah Alam, umur lebih kurang 24 ke 26 macam tulah, aku dah lupa. Handsome ke? Alhamdullilah elok rupanya. Okayy aku gelarkan dia "S".

Haaaaaa dulu abah aku ada mini market, dan si S nih pekerja kepada abah aku. Nak dijadikan cerita, abah aku selalu menyondolkan aku dengan si S nih padahal aku tak berminat pun dengan si S nih.
Hohooooo. Tapi disebabkan nak menjaga hati dan perasaan orang tualah kan (dah macam drama melayu petang petang yang rela berkorban jiwa dan raga untuk orang tua), aku pun iyekan jelah orang tua aku. Suka nauuu dengan si S nih tah kenapa, mungkin sebab dia jaga solatnya mungkin.

Dan kemudian hari demi hari, aku bolehhlahh dengan dia. Sembang sembang tukar nombor dia text aku, aku text dia. Hari by hari, aku semakin dan semakin dan semakin rapat dengan dia.
Tibalahh satu hari S text aku macam biasa tapi disebabkan penat, aku nak tak nak je layan sebab si S nih amat amatlah MEMBOSANKAN !

"Dah makan?"
      "Dah"
"Watpe ni?"
     "Baring je"
"Nak baring sekali boleh?"
     "Haaaa" (datang sawan terkejut aku)
"Boleh ke x?"
     "Tak"
"Alaaaaa abg nak manja manja dgn adik pun tak boleh"
     "Apa ni?"
"Abg sangap lah dik"
    "Gila kaaaa?"
"Betul adik, abg sangap ni"


Nahhh kau nihhlah wajah sangap yang anggun lagi berseri ! 
HAHA

KEPALA HOTAK HANG !
 
Dan selepas itu, memang aku TAK LAYAN LELAKI BERNAFSU LEMBU nih dah. 
Boleh sakit jiwa aku weyyyyy !
 
P/S : Jangan menilai seseorang dari waraknya orang itu, tapi kenal hati budi dia dahulu dan barulah kita menilai samaada "waraknya" itu boleh diguna pakai ataupun tidak. 

Heeeee. 
Telime kasih 


Tuesday 25 September 2012

H i d u p

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Allhamdullilah sehingga ke hari ini aku masih lagi bernafas seperti insan insan yang lain.
ceeewaaahhhhh bahasa kauu. HAHA

Topik hari ini aku nak menyelit ialah . .

pasal hidup.
yaaaa hidup kitaaa. ataupun dalam istilah saintifiknya "our life".
haaaaa faham kau?

naaahaii ni nak habaq mai kat hampa. 

HIDUP TAK PERLU NAK "DEMAND" SANGAT okayyyy ? 


sebab sesetengah orang yang aku kenal ada perasaan yang terlalu DEMAND dalam hidup. Kenapa?
sebab korang ingat korang perfect kemudian demand nak yang lagi better macam korang? cenggitu?




Apabila menjadi wanita,

*tak perlulah demand bab kekayaan si lelaki itu (nak yang ada kereta, berharta)
*tak perlulah mencari yang handsome handsome, cukup sedap mata memandang.
*tak perlukan mencari si lelaki yang baik baik sahaja, cukup sekadar boleh mendorong si wanita ke arah kemuliaan di sisi Allah S.W.T.

Dan apabila menjadi lelaki,

*tak perlulah nak demand nak yang lawa, body shape lawa kononnya sedap nak peluk.
cukup sekadar cantik di mata korang, akhlak yang penting.
*Cantik tak dibawa ke mati, akhlak yang diazab kelak. 


dan apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini,
Semua tak sempurna dan yang menyempurnakan kita apabila seorang lelaki dan wanita disatukan, itulah kesempurnaan yang Allah S.W.T ciptakan.
Dahsyat kan kuasa Allah S.W.T ? 



Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan  sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita.


 - Annisa Mutiara Hati

dan akhir sekali untuk renungan kita bersama , 

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."


Wallahualam.

Aku cuma berkongsi apa yang dirasa.
Terima kasih kerana sudi singgah sini.
Alhamdullilah. 

Sekian.