Tuesday, 11 December 2012

Aduhh feeling

Assalamualaikum w.b.t

Aduhai !
macam mana nih?
macam mana nak share kat orang apa yang aku tengah alami sekarang yang sesungguhnya Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui apa yang aku rasa.

Secara pendahuluannya aku bagi hint .



Ini semua berkisar tentang PERASAAN .

Yelaaa dah nama pun perempuan kan jadi perasaanlah ilusinya.


Okay get ready yawwww !
Bismillahirrahmanirrahim,

Yaa sesungguhnya menjadi gadis seperti aku yang secara lahiriahnya nampak tenang, gembira, gila gila (bukan spesies sawan ke apa eehh) tapi sebenarnya banyak bertarung dengan perasaan sendiri.
Kerat jari insan mana taknak perasaan sayang rindu cinta dalam hidup dia. Tipulah kalau takada.
Aku pun.
Bayangkan. 
Aku dikelilingi dengan kawan kawan yang ratanya dah "berpakwe". Bahagiakan?
Takpe aku simpan.
Tapi kadang kadang bila dah lama simpan perasaan yang terbuku pun, lama lama pun naik fed up jugak.
Yeeee tak perlu ikut sangat perintah hati tapi bodohlah kalau aku nak menidakkan apa yang aku rasa.

Aku cuba kawal kawal dan kawal perasaan aku nih. Menangis darah pun tak guna kalau cinta yang aku cari takde rasa nak dihargai . Macam mana tu?

*dia-Si F

Aku sayangkan dia, rindukan dia, teringin nak bgtau dia yang aku rasa bersalah atas apa yang aku buat dulu, teringin nak bgtau dia yang aku nak dia balik dalam hidup aku, teringin nak bgtau dia "tolonglah buka hati untuk aku".

Bila dah terpisah akan rasa pahit nak ubat balik sakit tu. Begitulah dia. Mungkin aku dah "tak wujud" dalam kamus hidup dia dah. Mungkin?

Dan keduanya, aku mengaku aku nih peramah dan secara tiba tibanya aku buat orang jatuh cinta dengan aku. Siapa? Biarlah aku saja yang tahu.
Dan angkuhnya aku sebab aku masih sayangkan si F nih lagi. Bukan taknak terima orang baru dalam hidup, tapi aku dah cuba. Entahlah mungkin hati aku kot yang tak dapat nak terima kenyataan sebenar yang aku tak diperlukan lagi dah.

Takpe abaikan.
Dan sekarang aku tercari cari di mana aku sekarang? Siapa nak dengar luahan hati yang memang akan menyakitkan hati sendiri ni yang akhirnya buat aku menangis sampailah tertidur.
Mencari semangat untuk esok, dan itulah rutin yang amat membosankan dalam hidup aku yang berperang dengan perasaan sendiri.

Cuma satu yang aku nak korang ingat,
**Jaga hati pakwe elok elok, jaga juga hati kawan diorang sebab kawanlah paling penting dalam hidup diorang. Siapa yang buat taik dengan kawan diorang, dengan kita pun sekali dicantasnya. Wallahualam.
Okayyy sekian .








Terima kasih :)

1 comment:

  1. redha jela dengan ape yang berlaku. ikhlaskan hati. andai itu jodoh kamu. IN SHAA ALLAH. dia akan kembali. terimalah walaupun buruk dan ubahlah dia menjadi yang lebih baik sepertimana yang kamu inginkan.. pesssss yawwww... (^__-)v

    ReplyDelete