Tuesday 25 September 2012

H i d u p

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Allhamdullilah sehingga ke hari ini aku masih lagi bernafas seperti insan insan yang lain.
ceeewaaahhhhh bahasa kauu. HAHA

Topik hari ini aku nak menyelit ialah . .

pasal hidup.
yaaaa hidup kitaaa. ataupun dalam istilah saintifiknya "our life".
haaaaa faham kau?

naaahaii ni nak habaq mai kat hampa. 

HIDUP TAK PERLU NAK "DEMAND" SANGAT okayyyy ? 


sebab sesetengah orang yang aku kenal ada perasaan yang terlalu DEMAND dalam hidup. Kenapa?
sebab korang ingat korang perfect kemudian demand nak yang lagi better macam korang? cenggitu?




Apabila menjadi wanita,

*tak perlulah demand bab kekayaan si lelaki itu (nak yang ada kereta, berharta)
*tak perlulah mencari yang handsome handsome, cukup sedap mata memandang.
*tak perlukan mencari si lelaki yang baik baik sahaja, cukup sekadar boleh mendorong si wanita ke arah kemuliaan di sisi Allah S.W.T.

Dan apabila menjadi lelaki,

*tak perlulah nak demand nak yang lawa, body shape lawa kononnya sedap nak peluk.
cukup sekadar cantik di mata korang, akhlak yang penting.
*Cantik tak dibawa ke mati, akhlak yang diazab kelak. 


dan apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini,
Semua tak sempurna dan yang menyempurnakan kita apabila seorang lelaki dan wanita disatukan, itulah kesempurnaan yang Allah S.W.T ciptakan.
Dahsyat kan kuasa Allah S.W.T ? 



Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan  sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita.


 - Annisa Mutiara Hati

dan akhir sekali untuk renungan kita bersama , 

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."


Wallahualam.

Aku cuma berkongsi apa yang dirasa.
Terima kasih kerana sudi singgah sini.
Alhamdullilah. 

Sekian. 






No comments:

Post a Comment