Monday 18 February 2013

"Teman saya sampai mati"

Assalamualaikum W.B.T  buat yang mengenali diri ini,

Alhamdullilah dengan limpah izin Nya aku dapat juga update entry aku buat ke sekian kalinya.
Haaaa tajuk apa pulak ?

"TEMAN SAYA SAMPAI MATI" .

Heee nampak sweet kan entry aku kali ni.
Tajuk aku ni aku petik dari sebuah akhbar 




Haaaa yang bertarikh 9 Februari 2013 (Sabtu).

Kenapa aku pilih story ni untuk entry aku?
Nilahh nak ceritakan ni. 

Ceritanya berkisar di Kota Bahru yang didiami oleh sepasang suami isteri. Dan untuk pengetahuan korang, si isteri dah dua tahun terlantar menderita sakit kencing manis, darah tinggi dan lebih teruknya mengalami masalah ingatan sampai tak mampu nak uruskan diri sendiri. Allahuakbar kita sendiri pun dapat bayangkan macam mana keadaan dia walaupun tak tengok dengan mata kasar.
Tapi Allah S.W.T tu Maha Adil, DIA tetapkan si isteri dengan si suami yang sangat sabar sanggup jaga makan minum si isteri tu yang hidup dengan susu khas melalui tiub.

"Saya tidak mahu berputus asa dan mengharapkan isteri segera sembuh dan menemani saya hingga mati". Inilah kata kata si suami yang buatkan aku sebagai orang luar yang langsung tak kenal si suami, Husin Puteh,70 ni sudah pun buatkan aku rasa hiba sangat.

Bila kita imbas balik,
Mampu ke kita dapat jumpa lelaki yang sesetia si suami tu tadi?
Sanggup jaga makan pakai mandi.

Aku salute sangat si suami macam ni.
InsyaAllah doa ku semoga si isteri temannya hingga akhir hayat .
Amin 



Sekian entry aku kali ni.
Alhamdullilah dan terima kasih kerana sudi singgah sini.
:*


No comments:

Post a Comment