Tuesday, 28 August 2012

Mengidam !

Assalamualaikum w.b.t ! 






heyyyy.
sebelum tu nak ambil kesempatan nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR & BATIN.

ada wujud benda yang aku teringin sangat dalam hidup aku, cuma belum ada rezeki lagi nak dapat apa yang aku idamkan nih.

psttttttt nak tahuuuuuuuuuuu !

aku teringin minatang nihhh, 





nak tau nama dia ?
Blackboroiii.
ehhhh ehhhh blackberry.

teringin minatang nih dah berkurun dah. Bila kumpul duit je untuk beli minatang,
ada saja yang menghalang niat aku.
Mungkin takde rezeki kot aku nak memakai minatang nih cuma dapat tatap je.
Wallahualam.


InsyaAllah "mungkin" satu hari nanti aku dapat miliki BB juga kot. macam orang lain.
haaaaaaa birthday aku nak dekat dah, kalaulahh ada yang bagi hadiah blackberry sebijik kan best !
yelaaahhh angan angan taik kuchenggggg je kan nak dapat minatang tuh.
hehhh.

sekiannn. telime kasih :)



















Thursday, 26 July 2012

Kalaulah.....


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah dah nak dekat seminggu menjalani ibadah puasa. Syukur juga aku masih boleh merasa kemanisan berpuasa.

Entri aku kali ini nak beritahu benda benda yang tak tercapai dek akal lagi bagi insan yang bergelar gadis.

HAAAAAAA!

Secara lahiriahnya, aku memang seorang yang kasar, psttttt tapi kalau dibentuk confirm boleh jadi lembut.
Dan Alhamdullilah nak dekat sebulan berkenalan dengan seseorang ini, jiwa dah jadi lembut. hehhhhh

Al-kisahnya ini bukan cerita sebenarnya.
Sebenarnya aku teringin sangat "suprise" yang boleh buatkan hari hariku berseri macam orang gila.
Rata-rata kebanyakkan gadis sekarang memang teringinkan suprise yang semacam ini yang bakal membuatkan hati kecil seseorang wanita itu bagai diragut macam beg kena ragut ohhhhhhhhhhhhhhhh!
Yang aku ingat last aku dapat bunga dari jejaka pujaan hati iaitu jeng jeng jeng abah aku lahh masa darjah 6. 



InsyaAllah kalau aku dapat apa yang aku idamkan nih aku rasa bersyukur sangat sangat dan rasa berterima kasih melonjak lonjak kerana dapat capaikan hasrat yang terbuku layu dan tak terusik. 





Ehhhhhhhh lagi satu,
Candle light dinner?
Tak pernah kann?
Macam tu juga aku. Tak pernah rasa benda yang sama. Niat di hati teringin tapi bila difikir fikirkan balik layakkah aku dengan apa yang dihajati?
Wallahualam.

ada lagiii !

Buat aku rasa diterima oleh keluarga si lelaki, ini tak pernah lagi wujud dalam kamus hidupku.
Kalau ada? Alhamdullilah aku juga turut suka suka dan suka.


Akhir sekali, bersolat jemaah bersama yang di imamkan oleh suami aku sendiri, kemudian memanjat rasa syukur kerana "dikurniakan pasangan yang terhebat untuk dicintai".

Sekian sahaja. 




Terima kasih sudi membaca.











Tuesday, 26 June 2012

Maafkan aku !

Bismillahirrahmanirrahim.



Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan aku!


itu saja yang boleh aku ungkap dari mulut aku sesaat kau dah pergi jauh dari hidupku.
Sebak di dada Allah S.W.T saja yang tahu.


Aku mungkin kerdil dalam percintaan. tapi hajat untuk curang tidak pernah terlintas sama sekali dalam ingatanku. Aku sedar bukan secantik Saidatina Aisyah dan tidak sesetia Saidatina Khadijah terhadap Rasullulah S.A.W tetapi aku punya sedikit naluri yang membolehkan aku setia dengan si dia.
Aku seorang yang kuat cemburu, itu kelemahan utama aku dan tak dapat aku selindung kelemahan itu namun aku sedaya mencuba untuk menghalang cemburu itu dari menguasai diri aku sendiri.


Aku seorang yang lemah bila jadi sebegini.Yaa memang aku lemah.Tersangat lemah bila tiada orang yang sanggup memberi semangat buatku. Aku tak kuat bila datang kenangan lalu menghimpit aku semula.Itu yang membuatkan air mata tak henti henti mengalir.


Aku bukan menagih simpati, aku bukan mencari publisiti dan aku bukan menumpang kasih sesiapa pun. Aku perlukan sekelumit kekuatan agar aku mampu tabah berdiri atas sekelumit kekuatan yang aku tagihkan.
Allah S.W.T yang tahu perasaan aku saat nih kerana aku tak mampu nak menjerit seperti orang gila mengenangkan perasaan yang terluka malah aku tidak mampu simpati dari sesiapa untuk menguatkan hati yang lara ini kerana aku tahu disebalik simpati yang diberikan terdapat segelintir yang bersenang lenang dengan apa yang terjadi.


Aku hanya mampu berserah kepada Ilahi jika terdapat sedikit perasaan di hati si dia untuk menarik aku semula ke hatinya. Terima kasih atas segala yang kau beri, Alhamdullilah aku bahagia bahkan cukup bahagia kerana Allah pinjamkan hati kau sekejap buatku. Terima kasih juga kerana sudi menjaga aku seperti kau menjaga keluarga kau, Alhamdullilah. Terima kasih juga menceriakan hari hariku dalam hidup kau.
Dan akhir sekali Terima kasih berbanyak banyak kerana menjaga daraku bahkan tidak mengambil kesempatan seperti mana kawan kawan kau yang lain. Alhamdullilah Allah S.W.T terlalu sayangkan aku.




"TABAH KERANA ADA "SPECIAL" YANG MENANTI"
*katakata seorang sahabat lelaki, Amirul Hassan(Comel) buat aku.


Terima kasih kerana sudi membaca.
^_*


Memerlukan kekuatan diri,










Monday, 11 June 2012

Buat SAHABAT

Assalamualaikum w.b.t,

Bismillahirrahmanirrahim.






Hidangkan cinta buat seseorang yang bernama "sahabat" kerana cinta yang suci dicalari dengan rasa kecurangan terhadap insan yang juga digelar wanita. Apakah cinta itu menjadikan seseorang rasa ghairah ? Hanya kerana alasan tidak luangkan masa dengan si cinta membuatkan si jejaka alihkan perhatian pada gadis lain.

Mungkin aku seorang yang kurang arif dalam bab bercinta untuk mendalami isi hati si jejaka yang kadang kala mahu perhatian dari si gadis.

Prinsip yang aku pegang dari dahulu, " Setiap terjadinya perhubungan pasti ada sebab, dan setiap perpisahan mungkin ada hikmah" . Cuma terpulang pada individu itu sendiri untuk telan segala kepahitan.

Sekuat mana pun hati si gadis, pabila dia mempunyai masalah cinta, si gadis akan merasa sedih, pedih, rasa cemburu kerana tidak bernasib baik menjalinkan hubungan lebih lama semesra pasangan lain.
Aku juga pernah terkena tempiasnya. L U M R A H kehidupan. Namun yang aku bangga melihat si gadis ini,dia tabah meniti hari harinya sebagai seorang Hamba Allah yang sentiasa diuji untuk membuatkan dirinya teguh di sisi Allah.

Aku sebagai teman seakrabnya hanya mampu menasihati, menjadi pendengar setia buat si gadis diberi gelaran "comot" .
Yang aku mahukan si gadis ini tetap tabah dengan apa yang terjadi.
Aku terlampau sayangkan dia :)

Payah untuk aku ungkapkan pabila si jejaka bersikap sambil lewa seolah olah tiada apa apa yang berlaku antara dirinya dengan si gadis.
Dan aku khuatir jika muncul lelaki lain yang mahu mengisi hatinya dan berbuat hal yang sama yang pernah terjadi. Kuasa Allah S.W.T , kita hanya mampu merancang selebihnya DIA yang tentukan.

Aku harap aku dan si gadis dapat bertemu insan yang boleh membahagiakan diri seterusnya menjadi khalifah terbaik yang boleh memimpin wanita kelak. InsyaAllah.

Credit goes to : Si gadis a.k.a Comot. :)








Terima kasih kerana sudi membaca.



Monday, 5 March 2012

penangan cerita.

hari ahad(03/03/2012) dalam pukul 12 tgh malam.
dikala semua dah membutakan diri mungkin sebab penat berarak kot. :P
tinggallah aku dengan cikeidayaya je yang macam burung hantu.
haha.


sangatsangat seronok bila kebosanan lepastu layan cerita.
psttttt nak tahu cerita apa?

haaaaaa nih lahhh.lebih.





sweet kan? teringin aku jadi macam cerita nih.
thumbssss up lahh pengarah dan pelakon cerita nih. :)


kemudian.
tak habes dengan tu, layan telemovie kedua pulak.

cengcengceng.




ending yang membuatkan melelehnya air mata seorang wanita aku nih.
haihhhh.


credit goes to : cikeidayaya( peneman leleh air mata bersama)
                        ** seseorang yang pernah bagi hint kat aku pasal cerita "Patah Seribu"
                            nih. aku nak beritahu kat sini yang aku sayangkan kau. :)









                         





Sunday, 4 March 2012

menyebokkan diri.

assalamualaikum buat pengunjung entri.




untuk pengetahuan anda anda sekalian.

inilah yang rajin bersengkang mata membanting tulang hasilkan banner nih sampailah siap.

<3<3<3
credit goes to : ciksharae,cikmimieyrae,ciklinrae,afif,nabil,faezah,epul,syed,hanna,shima,yati,iman dan lainlain yang tidak dimentionkan kt sini.
chill k, apa yang anda buat akan dibalas kelak.
InsyaAllah.

muahhhhmuahhhh. :*

Saturday, 25 February 2012

Membuak buak !

terlebih dahulu, comel takk? :)
(dari kiri--cikmimieyrae,ciksharae n ciklinrae)
dalam lif,nak pergi ke kelas.


Keinginan yang membuak buak nak berbloggggg! tapi alangkah soodihnya hati sebab
terlampaulahhh sibuk nak menyentapkan diri berblog.

hajat dihati macammacam nak mencelah dan berbedah di sini tapi sayangnya dengan ...
> kelas yang sentiasa nak pack je.
> selection bola tampar
> assignment yang merumitkan kepala hotak!
> masa yang terlalu amat nak menyeksakan.
> sakit yang berpanjangan tak surut surut lagi. :((

Apepun mira boleh.
"mira, hang jangan lupa makan ubt", seru abah den.
cehhhh masalahnya sekarang makan ubat pun tak jalan.
abeh tu nak buat lagu mana lagi?
telan botol tu? haaaaaa sat lagi aku buat.
HAHA.

someone suruh jumpa doktor tapi aku yang takot.
entahlahhh. kes takot jumpa doktor nih ramai orang pun takot kan?
ececehhhhh jangan nak tipu!

apepun aku sayang orangorang yang sentiasa ada di sekeliling aku!
muahhhhh citet! ouhhhh yeahhh :)

ily!