Tuesday 26 June 2012

Maafkan aku !

Bismillahirrahmanirrahim.



Maafkan aku
Maafkan aku
Maafkan aku!


itu saja yang boleh aku ungkap dari mulut aku sesaat kau dah pergi jauh dari hidupku.
Sebak di dada Allah S.W.T saja yang tahu.


Aku mungkin kerdil dalam percintaan. tapi hajat untuk curang tidak pernah terlintas sama sekali dalam ingatanku. Aku sedar bukan secantik Saidatina Aisyah dan tidak sesetia Saidatina Khadijah terhadap Rasullulah S.A.W tetapi aku punya sedikit naluri yang membolehkan aku setia dengan si dia.
Aku seorang yang kuat cemburu, itu kelemahan utama aku dan tak dapat aku selindung kelemahan itu namun aku sedaya mencuba untuk menghalang cemburu itu dari menguasai diri aku sendiri.


Aku seorang yang lemah bila jadi sebegini.Yaa memang aku lemah.Tersangat lemah bila tiada orang yang sanggup memberi semangat buatku. Aku tak kuat bila datang kenangan lalu menghimpit aku semula.Itu yang membuatkan air mata tak henti henti mengalir.


Aku bukan menagih simpati, aku bukan mencari publisiti dan aku bukan menumpang kasih sesiapa pun. Aku perlukan sekelumit kekuatan agar aku mampu tabah berdiri atas sekelumit kekuatan yang aku tagihkan.
Allah S.W.T yang tahu perasaan aku saat nih kerana aku tak mampu nak menjerit seperti orang gila mengenangkan perasaan yang terluka malah aku tidak mampu simpati dari sesiapa untuk menguatkan hati yang lara ini kerana aku tahu disebalik simpati yang diberikan terdapat segelintir yang bersenang lenang dengan apa yang terjadi.


Aku hanya mampu berserah kepada Ilahi jika terdapat sedikit perasaan di hati si dia untuk menarik aku semula ke hatinya. Terima kasih atas segala yang kau beri, Alhamdullilah aku bahagia bahkan cukup bahagia kerana Allah pinjamkan hati kau sekejap buatku. Terima kasih juga kerana sudi menjaga aku seperti kau menjaga keluarga kau, Alhamdullilah. Terima kasih juga menceriakan hari hariku dalam hidup kau.
Dan akhir sekali Terima kasih berbanyak banyak kerana menjaga daraku bahkan tidak mengambil kesempatan seperti mana kawan kawan kau yang lain. Alhamdullilah Allah S.W.T terlalu sayangkan aku.




"TABAH KERANA ADA "SPECIAL" YANG MENANTI"
*katakata seorang sahabat lelaki, Amirul Hassan(Comel) buat aku.


Terima kasih kerana sudi membaca.
^_*


Memerlukan kekuatan diri,










No comments:

Post a Comment