Thursday 26 July 2012

Kalaulah.....


Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah dah nak dekat seminggu menjalani ibadah puasa. Syukur juga aku masih boleh merasa kemanisan berpuasa.

Entri aku kali ini nak beritahu benda benda yang tak tercapai dek akal lagi bagi insan yang bergelar gadis.

HAAAAAAA!

Secara lahiriahnya, aku memang seorang yang kasar, psttttt tapi kalau dibentuk confirm boleh jadi lembut.
Dan Alhamdullilah nak dekat sebulan berkenalan dengan seseorang ini, jiwa dah jadi lembut. hehhhhh

Al-kisahnya ini bukan cerita sebenarnya.
Sebenarnya aku teringin sangat "suprise" yang boleh buatkan hari hariku berseri macam orang gila.
Rata-rata kebanyakkan gadis sekarang memang teringinkan suprise yang semacam ini yang bakal membuatkan hati kecil seseorang wanita itu bagai diragut macam beg kena ragut ohhhhhhhhhhhhhhhh!
Yang aku ingat last aku dapat bunga dari jejaka pujaan hati iaitu jeng jeng jeng abah aku lahh masa darjah 6. 



InsyaAllah kalau aku dapat apa yang aku idamkan nih aku rasa bersyukur sangat sangat dan rasa berterima kasih melonjak lonjak kerana dapat capaikan hasrat yang terbuku layu dan tak terusik. 





Ehhhhhhhh lagi satu,
Candle light dinner?
Tak pernah kann?
Macam tu juga aku. Tak pernah rasa benda yang sama. Niat di hati teringin tapi bila difikir fikirkan balik layakkah aku dengan apa yang dihajati?
Wallahualam.

ada lagiii !

Buat aku rasa diterima oleh keluarga si lelaki, ini tak pernah lagi wujud dalam kamus hidupku.
Kalau ada? Alhamdullilah aku juga turut suka suka dan suka.


Akhir sekali, bersolat jemaah bersama yang di imamkan oleh suami aku sendiri, kemudian memanjat rasa syukur kerana "dikurniakan pasangan yang terhebat untuk dicintai".

Sekian sahaja. 




Terima kasih sudi membaca.











No comments:

Post a Comment