Monday 11 June 2012

Buat SAHABAT

Assalamualaikum w.b.t,

Bismillahirrahmanirrahim.






Hidangkan cinta buat seseorang yang bernama "sahabat" kerana cinta yang suci dicalari dengan rasa kecurangan terhadap insan yang juga digelar wanita. Apakah cinta itu menjadikan seseorang rasa ghairah ? Hanya kerana alasan tidak luangkan masa dengan si cinta membuatkan si jejaka alihkan perhatian pada gadis lain.

Mungkin aku seorang yang kurang arif dalam bab bercinta untuk mendalami isi hati si jejaka yang kadang kala mahu perhatian dari si gadis.

Prinsip yang aku pegang dari dahulu, " Setiap terjadinya perhubungan pasti ada sebab, dan setiap perpisahan mungkin ada hikmah" . Cuma terpulang pada individu itu sendiri untuk telan segala kepahitan.

Sekuat mana pun hati si gadis, pabila dia mempunyai masalah cinta, si gadis akan merasa sedih, pedih, rasa cemburu kerana tidak bernasib baik menjalinkan hubungan lebih lama semesra pasangan lain.
Aku juga pernah terkena tempiasnya. L U M R A H kehidupan. Namun yang aku bangga melihat si gadis ini,dia tabah meniti hari harinya sebagai seorang Hamba Allah yang sentiasa diuji untuk membuatkan dirinya teguh di sisi Allah.

Aku sebagai teman seakrabnya hanya mampu menasihati, menjadi pendengar setia buat si gadis diberi gelaran "comot" .
Yang aku mahukan si gadis ini tetap tabah dengan apa yang terjadi.
Aku terlampau sayangkan dia :)

Payah untuk aku ungkapkan pabila si jejaka bersikap sambil lewa seolah olah tiada apa apa yang berlaku antara dirinya dengan si gadis.
Dan aku khuatir jika muncul lelaki lain yang mahu mengisi hatinya dan berbuat hal yang sama yang pernah terjadi. Kuasa Allah S.W.T , kita hanya mampu merancang selebihnya DIA yang tentukan.

Aku harap aku dan si gadis dapat bertemu insan yang boleh membahagiakan diri seterusnya menjadi khalifah terbaik yang boleh memimpin wanita kelak. InsyaAllah.

Credit goes to : Si gadis a.k.a Comot. :)








Terima kasih kerana sudi membaca.



No comments:

Post a Comment